Jadilah Rakaniaga  Vendor  Bersama

Halal2Go!

Jom Rebut Peluang Ini!

Kami mengerti kepayahan Anda sertai kami.. Kerjaya keusahawanan Anda boleh bermula disini... Tiada yuran pendaftaran dikenakan..

Bersama membina Kejayaan masa depan!

Halal2Go Rakaniaga Digital Terunggul Anda!

Halal2Go adalah perkhidmatan ditawarkan oleh Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat kepada kumpulan Serba Dinamik Holdings Berhad sebuah syarikat senaraian awam di Bursa Utama Malaysia. Kami mempunyai kepakaran IT dan team teknikal yang senantiasa mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan agar para Rakaniaga kami meraih perkhidmatan terbaik untuk membina jenama perniagaan unggul dan berkembang ke serata tanah air dan global! Daftarlah hari ini sebagai Vendor kami agar masa depan perniagaan Anda bertambah kukuh dan berkembang pesat!

Janji Kami Pada Anda!

Kami akan membantu Anda yang bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam perniagaan bersama kami.. kami akan cuba memberikan segala kemudahan seperti bimbingan pengurusan perniagaan, khidmat nasihat penjenamaan produk, pemasaran perniagaan Anda dan pakej promosi produk Anda pada nilai emas!

Perkhidmatan Khas Untuk Perhotelan

Kami menawarkan Pakej Perkhidmatan mengikut kehendak pihak pengusaha hotel bermula dengan perkhidmatan 
'dine in', 'self-pick up, penghantaran dan 'room order'.
(Jenis perkhidmatan bergantung kepada persetujuan pihak pengurusan hotel)

Perkhidmatan Khas Untuk Restoren

Kami menawarkan perkhidmatan 
'dine in' dan 'self-pick up' terbuka kepada semua restoren/gerai/cafe/kantin diseluruh Malaysia dan perkhidmatan penghantaran akan hanya diaktifkan di kawasan yang telah dikenal-pasti mempunyai trafik pengguna mencukupi! Dari semasa ke semasa saiz kawasan penghantaran akan meningkat mengikut saiz pasaran. Bagi pengusaha makanan dari rumah hendaklah memastikan saiz pasaran mencukupi untuk kami menyediakan khidmat penghantaran dan Kemudahan rider akan disediakan dalam lingkungan 10-17km daripada kawasan premis .

Perkhidmatan Khas Untuk Pasaraya/Pembekal/Peruncit/Farmasi/Klinik/Nursery/Bengkel/Kedai Alat Ganti

Kami menawarkan perkhidmatan 
'self-pick up' dan penghantaran produk harian kepada pelanggan bagi pasaraya, pasar mini, kedai runcit, bengkel, kedai alat ganti, klinik, nursery, farmasi dan pengusaha dari rumah/agen produk mengikut saiz pasaran yang telah dipersetujui oleh kedua pihak. Kemudahan rider akan disediakan dalam lingkungan 10-17km daripada kawasan premis pasaraya/pasar mini/kedai runcit.

Panduan Pengisian Borang Pendaftaran!
Sila isikan klik kategori perkhidmatan yang Anda kehendaki dan isikan Borang 1 dan Borang 2. 
Borang 1 - adalah maklumat perniagaan Anda beserta lampiran imbasan dokumentasi berkaitan.
Borang 2- adalah maklumat produk seperti imej produk/menu/ katalog beserta senarai harga ditawarkan.
Sila isikan Borang 1 terlebih dahulu dan hantarkan kepada kami sementara Anda melengkapkan Borang 2. Apabila kedua borang ini telah dihantar, pihak kami akan memprosesnya segera dalam tempoh 24jam dan sekiranya Anda berjaya, pihak kami akan memuat-naik segala maklumat kedai online Anda di aplikasi Halal2Go dan mengaktifkannya setelah mendapat persetujuan Anda! 
[Latihan dan bimbingan akan disediakan secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram]

Sila klik disini untuk pendaftaran sebagai Vendor Halal2Go (Borang 1)

Sila klik disini untuk pengisian informasi dashboard menu vendor (Borang 2)





© Hakcipta Terpelihara Halal2Go - Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd